Sunday, 21 October 2012

REBAN: BARU & LAMA


Reban baru 4 pintu


Reban lama (kotak sahaja)


Reban lama (recycle perabot sahaja)

Alhamdulillah! akhirnya Serama Hitech dapat juga menyiapkan reban baru yang lebih selesa untuk ayam-ayam serama milik SH... Reban ini hasil tangan kawan SH sendiri iaitu URG (nama sebenar dirahsiakan). Disebabkan rumah di Kulim Hi-Tech pun belum siap, memadailah dengan reban sementara ini. Alhamdulillah! Terujanya..

Sunday, 23 September 2012

TERBARU: ZURIAT SULUNG ARJUNA (ANAK A)




Anak (A): Zuriat pertama gabungan antara Arjuna & CMM




Garang: CMM menjaga dan mengawasi anak2nya dari diganggu...

CMM: Jgn ggu anak2 aku... hmm!


Terkini: Arjuna dgn gaya tersendiri... masih gagah perkasa!

UPDATED: CHE TAH & CHE TEH (REMAJA)




Dua ekor anak tino remaja anak kepada TUG & CMM... Gambar terkini. Dulu ada 'posting' waktu anak A...

Sunday, 22 July 2012

GABUNGAN BARU: ARJUNA VS CIK MEK MOLEK



ARJUNA!


CIK MEK MOLEK

GABUNGAN BARU: Arjuna & CMM baru digandingkan dalm tempoh seminggu selepas CMM dipisahkan dari anak2nya bersama TUG... Alhamdulillah! Baru seminggu dah bertelur dua biji setakat hari ini. Harap gabungan ini dapat melahirkan pelapis2 yang lebih hebat dari Arjuna! amin.

Anak2 TUG & CMM: Anak A



Anak A: Dua ekor ini merupakan anak kepada TUG & CMM... Kelahiran pertama menerusi eraman ibu. Ayam tinggi n cutting boleh la tahan. Susah cikit nak ambik gambaq sebab baru asingkan dari ibunya... baru berusia dalam sebulan lebih. Tak pasti lagi jantan ke tino? klu tino dua2 pun alhamdulillah... tak payah dah cari induk baru.

ANAK2 TOK UBAN GILA & HELANG MAHARANI (SOLD OUT)




Anak2 Tok Uban Gila (TUG) dan Helang Maharani (HM) baru masuk anak c sudah habis dilamar orang... tak sempat ambik gambar post2 yang menarik. Ini saja yang sempat ambik... tu pun waktu anak b! Tempat terhad, jadi terpaksa jual semua sebab tempat mereka akan diganti dengan anak2 TUG dengan Cik Mek Molek (CMM) pulak. Anak CMM hanya jadi 2 ekor saja... tak pasti lagi jantan ke tino, masih anak a... harap comel ayamnye nanti. InsyaAllah! ada masa akan dikongsikan!

Tuesday, 3 July 2012

ARJUNA!





ARJUNA! Koleksi terbaru ayam kawe... terima kasih SPB kerana sudi jual juga dia dekat kawe... memang teruja! harap2 menjadi ayam ni.

Wednesday, 27 June 2012

PEMBAKA & INDUK UNTUK DIJUAL


PEMBAKA TOK UBAN = RM250



INDUK HELANG = RM150

Salam 'alaikum! buat semua...

Ada pembaka dan induk untuk dijual... murah2 saja. Kalau beli sepasang boleh bagi RM350... Ayam terpaksa jual sebab tempat terhad. Ayam baru bakal tiba esok lusa...tak sabar menunggu! sapa berminat boleh contact: 013-3441243.

Sunday, 10 June 2012

FOR SALE!: PEMBAKA RINTING (RINTIK) - (SOLD OUT)







FOR SALE! MURAH2 SAJA... BAKA RINTING BELI DARI REBAN SERAMA PARIT BUNTAR (SPB), BELI DULU WAKTU ANAK (A)... SEKARANG DAH ADA PERMATA BARU & TEMPAT TAK MUAT. SAYANG MEMANG SAYANG! TAPI TERPAKSA... BUKA RM250, BOLEH NEGO LAGI!


BERMINAT? HUBUNGI: 013-3441243

PERMATA BARU: TUAH



Permata Baru, Tuah! Baru dibeli dari reban Serama Parit Buntar kemarin... harap ia benar2 berTuah! dan menjadi...

Sunday, 20 May 2012

Cik Mek Molek Sudah Bertelur!


Cik Mek Molek (waktu anak C)



Assalamualaikum! Alhamdulillah, Cik Mek Molek (atas) sudah bertelur kemarin. Harap dia mau eram, janganlah jadi macam Helang Maharani. Cik Mek ni saya beli dekat Che Mat Kulim, Otai lama dan guru saya dalam hal ehwal ayam serama selain daripada Nazib Ghani (Serama Parit Buntar). Che mat kata ibu dia selam, dia tak tau la. Takat ni biasa lagi. Susah nak dapat ayam dia, puas pujuk, akhirnya dapat jugak tino ni. Waktu beli masih anak C! Induk ni juga dipesom dengan Tok Uban Gila. Harap2 dapat zuriat yang menarik dan comel! amin...

Saturday, 19 May 2012

Waris Tok Uban Gila & Helang Maharani



TIGA: Tiga ekor saja waris Tok Uban Gila & Helang Maharani dari puluhan telur yang dieram melalui inkubutor. Susah betul nak dapat anak. Sudahlah Induk tak mau eram, pakai enjin pun tak menetas. Alhamdulillah! Dapat jugak tiga ekor zuriat ni. Nampak macam semua betina. Tapi tak taulah, Kuasa Allah!

Bentuk Pasangan Baru: Tok Uban Gila n Helang Maharani


Tok Uban Gila


Helang Maharani


(Ketika masih dara)


(Ketika masih teruna)

Gabungan baru antara Bapak Tok Uban Gila dan Induk Helang Maharani (kedua2 dari reban Serama Parit Buntar). Bapak di usia muda terlalu gila betina, disebabkan itu dia dinamkan Tok Uban Gila (dimaklumkan dia dari baka Tok Uban). Induk pula baka Helang. Kedua2 dibeli dari reban SPB. Induk sudah bertelur, tapi tak bertelur dalam sarang dan tak mau eram... berpuluh2 biji. Sayang betul! Terbaru, menetas juga telur hasil mereka berdua setelah dieram di kedai. Jika sifu2 lama ada petua macam mana nak bagi dia eram kongsilah dengan SH. TQ!

Pasangan Kedua: Dipisahkan!



Bapak Rinting Cream dan Induk Helang Maharani. Bapak saya beli dari reban Serama Machang (Junjung) dan Induk dari reban serama Parit Buntar (Nazib). Jodoh tak lama, depa dipisahkan sebab bapak saya bawak balik kampung bagi adik jaga.

Sunday, 1 April 2012

Dalam Kenangan!




Ayam ini baka peon dari reban Serama Parit Buntar (Nazib)... 1st time bela hujung tahun lepas! Kena penyakit dan mati kedua2 ekoq! Sayang betul... Orang baru berjinak dengan ayam serama! Hehe.