Saturday, 8 June 2013

Ara Muda: Sudah dijual




Ara Muda.... milik biras saya, baka asal dari reban saya jugak. Kurang dijaga, tak pernah mandi... baru bawa balik dari kg... tak sempat nak bagi mandi, sudah dijual kepada otai serama 'che mat' kulim... semoga ayam ini bakal menjadi juara buatnya!

Sunday, 19 May 2013

Amacam ini? Menarik?


Amacam ayam ini? Menarik? Tapi sayang... Ekornya senget, lari. Ayam ini milik biras saya, hasil dari induk saya juga. Ibu helang tak mau eram dulu, telur2nya saya kasi dekat dia, menetas, membesar, dan dapat anak ini. Selam dari kecik, tapi sayang dia kurang menjaganya... tak sempat nak ambik!

Terbaru! Sold Out..



Anak 'A' generasi ke-4 kepada Arjuna & Che Tah... Semuanya empat ekor, jantan 3 betina 1 ekor. Jual sepasang & simpan jantan 2. Mudah2an menjadi...




Ara Dragon & Che tah juga telah berpindah milik... Mula ingat nak simpan Ara Dragon, ayam kecil & bergaya. Namun, terpaksa jual sebab dia dah semakin liar dan takut... mane taknya, kena pelempang dengan tuan dia. hehe! Ayam muda yang agresif & garang... selalu patuk tangan saya, nak jadi certia, satu hari tu, dia patuk tangan saya dengan kuatnya, saya pun dengan tindakan refleknya memberi penempar kepadanya... bermula dari situlah dia menjadi takut dengan saya dan bila jadi macam tu mula timbul rasa tak seronok, sebab tak boleh bermain dah dengannya... jadi, ambil keputusan untuk jual jgk la... syg mmg syg!

*** maaf gambar kurang jelas. Kamera handset ada masalah, terpaksa pakai video dan ambik gambar ***

Wednesday, 13 February 2013

ANAK B: TERKINI








Ara Dragon: Ayam aktif, kibas and tarik. Sayang, cuma balung ja tak lawa, mula2 nampak macam kepala naga, jd bg nama Ara Dragon ja la... yang lain belum taruk nama.

Tuesday, 1 January 2013

Permata Baru: Che Ta




Che Ta... Ayam kecil, comel, selam - tarik & getar ...

Baru digandingkan dengan Arjuna...

Arjuna Terkini: Sedang Meluruh



Arjuna, terkini yang sedang meluruh selepas dipisahkan dari Che Tah... dan bakal digandingkan dengan dara baru Che Ta.

Pewaris Arjuna: Generasi ke-3





Salam 'alaikum!

Lama tak update blog ni... xsempat!

Alhamdulillah, lagi pewaris arjuna... dengan ibu muda, Che Tah.

Telur kecil...ingatkan dah tak jadi, habis kursus 2 minggu balik tengok netas 5 ekor, kecil2 ayamnya.

2 ekor yang terlalu kecil, mati disebabkan selalu terbalik dan dipijak si ibu yang agresif... tinggal 3 ekor!

Waris generasi pertama dan kedua sudah dijual kepada rakan2...